Dzie sendiri tertanya- tanya. Adakah tahun 2007 merupakan tahun malang dzie? hmm.. ini semua atas dasar tuhan. Takdir yang menentukan. Banyak perihal yang berlaku sepanjang tahun 2007 ini. Tahun ini jugalah yang membuatkan diri ini semakin matang setelah menempuh pelbagai dugaan yang kian tidak henti 'menyerang' hidup diri dzie. Bukan senang untuk dzie tempuhi, walaupun bukan keseluruhan dzie ceritakan kepada yang bertanya, hanya dzie yang mengetahui perihal sebenar yang berlaku pada diri dzie. Tahun ini juga menyebabkan dzie semakin banyak kenalan.

Inilah rakan2 baru dzie.. Disinilah dan bersama mereka lah dzie mengetahui bukan semua rakan yang bergelar teman. Ada yang begini ada yang begitu. Namun, merekalah yang sentiasa bersamaku merentasi dunia yang semakin penuh dugaan ini. Munirah rakan semeja dzie, azah rakan yang paling dzie rapat, iza rakan yang paling menyenangkan, Nia rakan yang membuatkan dzie gelak, Sue rakan yang dzie gelar 'Nenek', Lia rakan yang sentiasa berubah mood, Ziqah rakan dzie yg bergelar pelakon & Norul rakan yang sentiasa membuatkan dzie tersenyum.
Are-a atau Siti Sutra merupakan rakan yang boleh dzie katakan sebagai teman. I hope she's not like others. Hope not! Dzie mengenali Are-a sejak 2006 namun lebih rapat pada 2007. Are seorang yang periang dan tidak suka berfikir tetapi Are agak paranoid jika tidak yakin dengan sesuatu perkara. Alahai, si dia jugalah yang dzie sering berbicara.

Anis Mastura ataupun Sis Nis[nama yang dzie pgil] merupakan seorang yang peramah. Sangat peramah actually. Dzie mengenali Sis Nis ketika sering berchatting dengan Sazzy. We started from be a friend at Friendster. but then we become more closer to each other. Dengan my sis inilah dzie juga banyak bercerita. She's very good in giving advise. Perkara yang paling dzie tak lupe adalah Sis Nis sering usik dzie tentang Apisz. huhu..
Kehadiran mereka beraya dirumah dzie menambahkan bilangan kakak angkat dzie. Huhu..
Kak Lynda dan Kak Dayah merupakan
rakan kepada kakak dzie,
Shiedah. Oleh kerana tidak dapat balik kpg utk beraya, my sis bawa balik her friends. Kawan my sis pun ble jadi member dzie.
Kak linda ialah kakak angkat dzie yang dzie syg dan rindu sgt. Sejak meninggalkan
Unimas dan masuk
UPSI, dzie hanya menghantar sms jer dan tidak berjumpa lagi. Dzie tak pernah menyesal untuk menghantar kak lynda di airport walaupun bergalaskan kaca.

Tanpa dzie pinta dan sangka, Sazzy Falak membalas komen dzie di friendster. Kerana si dia[Sazzy] merupakan idola bagi dzie, dzie menubuhkan satu fan club [satu2nya fan club Sazzy di friendster] iaitu Sazzylicious. Kerana Sazzylicious lah dzie banyak berubah. Kehidupan actually. Dzie hanya moderator atau Leader of Sazzylicious. Namun, perilaku dan apa2 perkara yang dzie lakukan menjadi perhatian. Sejak itu jugalah banyak sudah kenalan baru di seluruh Malaysia yang dzie kenali. Kini Sazzylicious sudah mencecah 333org ahli. Sazzylicious jugalah yang membawa diri Dzie mengenali seorang selebriti bernama Sazzy Falak sebagai Sazlini binti Falak. Thank You Huneyy..
Kami the Series yang di tayangkan di 8tv menambat hati dzie untuk menontonnya. Sekali sahaja, cerita ini mampu membuatkan dzie melekat di kaca tv setiap Rabu jam10 mlm. Kemudian harinya, KAMI [8tv Series] group di friendster juga mula bertapak. Kini ahlinya hampir mencecah 200orang.. Terima kasih kepada semua yang menyokong.
Raja Putri Atilia Raja Harun atau lebih dikenali sebagai Atilia semakin rancak dengan kerjayanya sebagai penyanyi jazz, pelakon teater dan antara yang anggun. Nama selebriti Atilia, dzie baru mengenali pada tahun 2007. Dzie mengetahuinya dari beberapa rakan Sazzy. Mendengar kali pertama lagu jazz dendangan Atilia membuat diri dzie seperti dibuai alam maya. Cukup mengagumkan! Sejak itulah dzie sntiasa mengikuti perkembangan Atilia.
Kartini Izreen ialah antara rakan dzie semasa masih di Tunaz satu ketika dahulu. Sejak dirinya berpindah dan menetap terus di Shah Alam, hubungan kami menjadi semakin renggang. Alhamdulillah, kami menjadi rapat kembali pada bulan Okt 2007. Sentiasa berchatting bersama dan berbalas sms. Merindui dirimu..
Last but not least, dzie want to talk about boys. 2007 yang memperkenalkan Nurul Hafiz bin Haji Morshidi atau Apisz kepada diri dzie setelah berpisah dengan Wan [1thun bersama]. Mengenali diri Apisz melalui Amir namun hubungan kami tidak berkekalan lama. Sudah sebulan lebih dzie membujang selepas 6bulan bersama apisz. hahaha.. i'm single now. Tapi, tak salah kalau diri ini bertukar2 jejaka untuk mengenali antara satu sama lain.
Begitulah kisah hidup Adzie sekitar tahun 2007 yang penuh dugaan perlu dzie tempuhi. 2007 berlabuh, Selamat Datang 2008!